بسم الله الرحمن الرحيم Pictures, Images and Photos

Thursday, December 27, 2012

Kerana Saya tidak CANTIK

Kerana Saya TIDAK CANTIK.

Alhamdulillah saya HARUS tetap Bersyukur,

Kerana saya tidak CANTIK saya harus LEBIH BANYAK BERSYUKUR dari pada mereka yang dikurnia Wajah CANTIK,

Kerana saya tidak Cantik, Alhamdulillah saya jadi tidak tergoda mengupload photo di akaun saya. Yang tentunya wajah Cantik akan dapat meluluhkan keimanan seorang lelaki.

Kerana tidak memajang wajah, Alhamdulillah saya dapat membantu mata lelaki agar lebih terjaga...

Kerana mata lelaki terjaga, Alhamdulillah saya dapat membantu mereka mengamalkan... (QS. An-Nur ayat 30)

Alhamdulillah, kerana saya tidak cantik, saya dapat memelihara diri saya dari pandangan nafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Alhamdulillah, kerana saya tidak CANTIK, saya jadi tidak mengharapkan pujian dari lelaki dan wanita.

Alhamdulillah, kerana saya tidak cantik, pada akhirnya saya akan menemukan insan yang ikhlas mencintai saya apa adanya.

Kerana saya tahu saya tidak cantik pada wajah dan pandangan manusia, maka saya harus belajar dan berusaha menjadi cantik pada pandangan ALLAH Subbhaanahu Wata'ala.

Kerana bukan kecantikan dunia yang menyelamatkan, tetapi kecantikan akhlak yang akan membawa kita menuju kebahagiaan akhirat.

Aamiin ya Robbal'aalamiin...

Friday, December 21, 2012

~6 Cara mengubati buruk sangka~


 
 6 Panduan telah digariskan oleh Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka:

1 - Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa.

2 - Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah SWT berbanding dengan kita.

3 - Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak mengetahui berbanding dengan kita.

4 - Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan. Sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.

5 - Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin disuatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang telah mereka lakukan.

6 - Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah SWT.

Nak Jadi Solehah, JOM... !!!!!

Bila baca status.. bunyinya cm ni:
Akhowat(perempuan): "awak kalau awak laki yg x pandai jaga solat jgn harap dpt jaga anak dara org"... "awak kalau awk x pndai nk bimbng diri x pyh mimpi nk bimbing anak dara org"

ikhwah(lelaki): "awak kalau awk x reti nk pkai tudung.. sy x sudi lh wat isteri".. " perempuan yg x tutup aurat tu stok untuk pkai buang je.. aku nk pompuan yg sempurna auratnya.. sjuk mata memandang"

kesimpulannya.. kalian lengkapkanlah diri kalian dngn Ilmu islam dlm diri kalian.. kerana ALLAH berfirman. perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik....

lihatlah di sini.. jahat bagaimana seorg itu pasti inginkan seorg pasangn yg soleh dan solehah.. yg terbaik.. wahai lelaki di sini aku menyeru.. "mantapkanlah iman kita bersama. penuhkan dada dengn ilmu agama mu kerana kelak kamu pasti ingin menjadi imam yg hebat kepada permata mu yg solehah..."

wahai perempuan" jagalah maruahmu sebaik mungkin.. setia lah pd yg satu.. hilngnya harga dirimu apabila kamu mnjatuhkan pd tempat yg salah.. harga dirimu sngt mahal walau ditukar dengn seribu mutiara sekali pun...Cintailah penciptamu sebelum kamu mencintai makhluknya..."
Saidina Ali tercipta hanya untuk saidatina Fatimah.

Maka kamu (lelaki) ingin mencari org sebaik Saidatina FaTIMAH maka kamu perlulah semantap saidina ALi..
dan begitu sebaliknya
~Perkongsian daripada FB ( Aku Benci Dedah Aurat di Laman Sosial ~

“DI MANA ALLAH DALAM HATI kita?”

Pertanyaan pada diri yang sentiasa ALPA@LALAI.....??

“DI MANA ALLAH DALAM HATI kita?”

Sekali lagi kita tanya diri sendiri DI MANA ALLAH DALAM HATI kita? Adakah kita rasa amat gembira bila dapat berdamping denganNya atau sebaliknya? Adakah kita telah berusaha agar Allah sentiasa bersama kita?

Kalau begitu, sejauh manakah kita rasa gembira menerusi solat yang dilaksanakan ketika mendampingi dan bermunajat padaNya?
Apakah yang kita dapat rasai ketika sujud di dalam solat dan sejauh mana kita meneruskan zikir terhadapNya bukan hanya terbatas selepas solat, ingatlah ketika Allah menyebut. Aku bersama hambaKu ketika dia mengingatiKu dan kedua-dua bibirnya bergerak kerana aku.

Adakah kita dapat meluangkan sepertiga malam untuk menyepi diri bersama Allah? Tidakkah kita teringat akan janji-janji Allah pada kita yang mampu bangun di tengah-tengah malam- Allah menyebut: Adakah terdapat hambaKu yang bangun di tengah malam untuk bertaubat, di mana aku menerima taubatnya, yang memohon keampunanKu, maka aku ampunkan segala dosanya dan memohon sesuatu, maka aku berikan padanya.

Tidakkah kita mahu berusaha untuk menjadikan hati-hati ini penuh dengan pujian kepada Allah, berkorban keranaNYa untuk meninggikan syiar agamaNYa walaupun pelbagai rintangan dan halangan.

Berapa banyak ruang dan masa yang ada pada kita untuk memerhatikan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita, terus bersyukur padaNya tanpa sebarang perasaan prejudis. Pernahkah terlintas dalam pemikiran kita bagaimana Allah menganugerahkan nikmat hidayah, kesihatan, harta, ilmu pengetahuan, kepandaian, kemahiran, bakat, anak-anak, ibu bapa yang terlalu menyayangi kita walau saat kita tersungkur, suami atau isteri yang mengasihi kita?

Atau kita sekadar menerima nikmatNya tanpa sebarang balasan untuk beramal dan mematuhi segala titah perintah Allah. Sesungguhnya ketahuilah wahai saudara-saudari seagama! Dunia dan bumi yang kita pijak ini menjanjikan pelbagai kehancuran, ia boleh berlaku pada apa yang kita ada atau kita cari, termasuk harta benda, anak-anak, pangkat dan jawatan tapi apa
yang paling penting, DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA?

Jika tergerak hati untuk melakukan sesuatu kejahatan, tanyalah diri DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA? Allahkah yang patut dicari atau maksiat yang patut ditembusi, bagaimana keadaan kita ketika hendak bertemu dengan Allah pada hari pembalasan yang mungkin esok, lusa atau hari ini atau mungkin pada saat ini sedangkan kita melakukan maksiat kepadaNya???
~Perkongsian daripada akak syfianes nadieya 

DOA

DIANTARA WAKTU KEADAAN DAN TEMPAT YANG MUSTAJAB UNTUK BERDOA

1- Malam Lailatul Qadar.

2- Pada sepertiga malam yang terakhir (antara jam 3.00 hingga 6 pagi).

3- Selepas setiap solat fardhu yang lima.

4- Masa di antara azan dan iqamah.

5- Beberapa saat di setiap malam.

6- Ketika azan untuk solat fardhu

7- Ketika hujan sedang turun

8- Ketika mempersiapkan barisan menuju medan jihad fi sabilillah

9- Beberapa saat pada hari Jumaat. Menurut pendapat yang kuat, waktu yang dimaksud adalah akhir waktu solat Asar di hari Jumaat, saat khatib berkhutbah, atau saat berlangsungnya solat Jumaat.

10- Ketika minum air zam-zam beserta niat yang baik

11- Ketika sujud dalam solat

12- Ketika terbangun di tengah malam maka berdoa menggunakan doa yang ma’tsur (berasal dari Nabi S.A.W)

13- Ketika tidur dalam keadaan suci kemudian bangun di malam hari untuk berdoa.

14- Doa di Hari Arafah

15- Doa ketika seseorang dalam keadaan nazak (hampir meningal dunia)

16- Doa sesudah pujian terhadap Allah dan selawat ke atas nabi ketika tahiyyat akhir.

17- Ketika berdoa dengan menggunakan nama Allah Yang Maha Agong

18- Doa sepanjang bulan Ramadhan

19- Ketika perhimpunan umat Islam dalam majlis ‘zikrullah’

20- Doa ketika ditimpa musibah

21- Doa dengan penuh pertautan hati dengan Allah dan penuh keikhlasan

22- Doa orang terzalim terhadap orang yang menzaliminya

23- Doa ibu dan ayah untuk anaknya

24- Doa anak yang soleh untuk kedua ibubapanya

25- Doa orang yang sedang bermusafir

26- Doa orang yang berpuasa sehingga dia berbuka

27- Doa orang yang berpuasa ketika sedang berbuka

28- Doa orang yang terdesak atau terpaksa (dalam kesempitan)

29- Doa pemimpin yang adil (yang melaksanakan syariah Allah dalam pemerintahannya)

30- Doa ketika berwudhu’dengan doa yang ma’tsur( berasal dari Nabi S.A.W )

31- Doa selepas melontar Jumrah as-Sughra

32- Doa ketika melontar Jumrah al-Wusta

33- Doa ketika berada di dalam ka’abah, perlu diketahui bahwa kawasan hijir Isma‘il termasuk Ka‘bah.

34- Doa ketika berada di Safa

35- Doa ketika berada di Marwah

36- Doa ketika berada di Masy’aril Haram

DIANTARA SEBAB-SEBAB DO’A TIDAK DIPERKENANKAN

Suatu ketika seorang lelaki bertanya kepada Ibrahim bin Adham seorang tokoh sufi yang terkenal, apakah yang menyebabkan doa seseorang tidak diterima oleh Allah, Ibrahim bin Adham menjelaskan;

“Antara sebab doamu tidak diterima Allah ialah;

1- Kamu menyatakan bahawa kamu beriman kepada Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya

2- Kamu mendakwa bahawa kamu mencintai Rasulullah SAW. Tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya (dalam kehidupan kamu).

3- Kamu meyakini bahawa al-Quran itu adalah benar, namun kami tidak mengamalkannya (dalam kehidupan kamu)

4- Kamu telah banyak menikmati nikmat Allah, tetapi kamu tidak mensyukurinya

5- Kamu meyakini bahawa iblis dan syaitan itu adalah musuhmu, tetapi kamu menuruti segala tunjuk ajar mereka

6- Kamu menyatakan bahawa kamu meyakini tentang wujudnya syurga, tetapi kamu tidak berusaha melaksanakan amal yang boleh membawa kamu ke sana

7- Kamu menyatakan bahawa neraka itu benar, tetapi kamu kamu tidak berusaha menjauhkan diri darinya, bahkan melakukan perbuatan yang bakal mencampakkan dirimu ke sana

8- Kamu menyatakan bahawa kematian itu adalah satu kebenaran, tetapi kamu tidak bersedia dengan amalan untuk menghadapinya

9- Kamu bangun setiap pagi dan sering memperkatakan keaiban orang lain, tertapi kamu lupakan keaiban dirimu sendiri

10- Kamu selalu menghantar jenazah ke kuburan, tetapi kamu langsung tidak mengambil iktibar daripadanya, bahawa kamu juga akan dibawa ke sana.”

Wednesday, October 17, 2012

Wanita Solehah

Aku ingin bergelar WANITA SOLEHAH,
tetapi menjaga AURATKU sahaja kini sudah terasa payah...

Aku tertarik dengan fesyen dunia...

tetapi aku LEBIH TERTARIK dengan AMARAN ALLAH,
iaitu WANITA SOLEHAH itu LEBIH INDAH dan LEBIH BERMARUAH..
apabila menjaga auratnya dari PANDANGAN dunia...

Indahnya SYARIAT menutup aurat,
bermaruah dan bersopan...

Kerana aku akan terus BERMUJAHADAH untuk mendapatkannya...InsyaAllah♥

~ Islam itu indah dan CANTIK kerana indah dan cantiknya AKHLAK yang menghiasi peribadi WANITA SOLEHAH .. InsyaAllah..

SemOga kita mampu bergelar wanita sOlehah♥

Friday, January 13, 2012



APABILA AGAMA ITU DIFAHAMI, MAKA MEREKA AKAN BAHAGIA ♥♥

Secara jujurnya saya amat kagum dengan sifat suami Wardina Safiyyah ,Ikhwan ketika beliau sekeluarga sedang berhadapan dengan ancaman perompak, beliau masih begitu berani,utuh dan tegar mempertahankan pegangan agamanya dengan mempertahankan maruah isterinya dan haknya sebagai suami agar isterinya (wardina) yang pada ketika itu dalam keadaan tidak bertudung (tak menutup aurat) daripada tidak dilihat oleh lelaki ajnabi (asing).

Berikut adalah kata-kata yang diluahkan oleh wardina ketika kejadian:

""Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu.Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.**

Lihat, bagaimana kasih sayang seorang suami yang begitu teguh menjaga agamanya dengan memelihara maruah sang isteri dari membiarkan aurat sang isteri dari dilihat oleh orang yang tak sepatutnya.Ini baru namanya sayang, SAYANG YANG MEMBAWA KE SYURGA, MENJAGA ISTERI YANG DIKASIHI DENGAN MEMELIHARA AGAMANYA AGAR SANG ISTERI TERSELAMAT DARI API NERAKA. Masyaallah, tabarakallah.

Kepada para suami dan para bapa diluar sana, anda pula bagaimana? sayang dan cinta itu bukan bermakna anda memberikan kemewahan harta dan segalanya kepada apa yang dikehendaki oleh para isteri dan anak-anak, sebaliknya, KASIH SAYANG SEBENAR adalah ANDA MEMELIHARA MARUAH DAN HARGA DIRI MEREKA dari dilihat oleh insan-insan yang tak sepatutnya. MENYELAMATKAN AGAMA MEREKA BERERTI MEMBAWA MEREKA JAUH DARI API NERAKA..fikir-fikirkan
Dalam Qur’an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya:

Cinta Mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan “nggemesi”. Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, maunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain.

Cinta Rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih meski untuk itu ia harus menderita. Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya. Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antar orang yang bertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al Qur’an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham , yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim. Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim, atau silaturrahmi artinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat.

Cinta Mail, adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga menyedot seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur’an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.

Cinta Syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad syaghafaha hubba) bisa seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyadari apa yang dilakukan. Al Qur’an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, istri pembesar Mesir kepada bujangnya, Yusuf.

Cinta Ra’fah, yaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak tega membangunkannya untuk salat, membelanya meskipun salah. Al Qur’an menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kasus hukuman bagi pezina (Q/24:2).

Cinta Shobwah, yaitu cinta buta, cinta yang mendorong perilaku penyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur’an menyebut term ini ketika mengkisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin (Q/12:33)

Cinta Syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur’an tetapi dari hadis yang menafsirkan al Qur’an. Dalam Surat al `Ankabut ayat 5 dikatakan bahwa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma’tsur dari Hadist riwayat Ahmad; wa as’aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa’ika, aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu. Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi

Cinta Kulfah, yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik kepada hal-hal yang positif meski sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur’an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286